Tuesday 1 June 2010

bab 81-90



Tamil klasik kuno
Thirukkural dalam bahasa Melayu
Diterjemahkan oleh G. Soosai

Bab 81. Persahabatan Murni


801.        
Persahabatan paling mesra murni
Segala nan bernas disayangi


802.        
Persahabatan murni bertolakansur
Inti bergaulan kesudian surur


803.        
Apatah guna persahabatan lama
Andai kebebasan tidak ketara


804.        
Membuat sesuatu tanpa izin
Tidak menengking sahabat rudin


805.        
Sahabat murni berbuat salah
Disebabkan mesra jahil malah


806.        
Sahabat benar bersetia padu
Walaupun menyebabkan keruntuhan rudu


807.        
Sahabat ikrab mesra saying
Walaupun berbengis persahabatan tatang


808.        
Rakan karib dianggap sempurna
Desas desus cemar tidak menerima


809.        
Mengasihi sahabat dengan kemurnian
Sedunia merasa saying kesucian


810.        
Tidak megubah kemesraan sahabat
Seteru juga berasa ilahat


Bab 82.  Persahabatan Bahaya


811.        
Kelihatan melimpah, khali semata
Andai persahabatan surut setara


812.        
Bermanis mesra merana hampa
Apatah faedah sahabat sesia


813.        
Sahabat mata duitan semata
Ibarat pelacur, puncuri hina


814.        
Sahabat bersifatan kuda tiri
Tercabut rana, yakinkan diri


815.        
Sahabat keji mementingkan diri
Persahabatan cemar sering mungkiri


816.        
Perseterusan candiakawan berjuataan sungga
Persahabatan dungu hina bahala


817.        
Nyapang bersenyuman hati bermusuhan
Perseteruan berjutaan kali berkesan


818.        
Nyapang bersenyuman hati berusaha
Singkirkan persahabatan beransuran cara


819.        
Ucapan tidak seimbang amalan
Persahabatan getir merana impian


820.        
Puji berhadapan keji berkhalayakan
Persahabatan bahaya walaupun kecilan


Bab 83. Persahabatan Palsu


821.        
Persahabatan pura-pura seteru bahala
Terjadi landasan helah sahaja


822.        
Persahabatan dusta berubah ubah cemar
Laksana hati maksait pelacur


823.        
Biarpun ilmu lumayan suci
Berbusuk hati tidak murni


824.        
Senyuman wajah kemunafikan jiwa
Persahabatan hina jangan takwa


825.        
Sahabat tidak tulus ikhlas
Jangan sekali-kali percaya deras


826.        
Musuh berbicara laksana sahabat
Kata-katanya marga lapuk tepat


827.        
Bentuk panah merupa rendah
Musuh menunduk berbicara gundah


828.        
Sahabat palsu menyembunyi keris
Jangan dipercayai airmata merintis


829.        
Andai sahabat berunsuran udu
Singkirkan kemesraan dari kalbu


830.        
Dengan seteru berpurpura muhibbah
Jangan berfaud diterimanya meriah


Bab 84. Kebodohan


831.        
Apatah maksud teras kebodohan
Membuangkan bernas menyimpan keburukan


832.        
Kebodohan hina lebih kejahilan
Relakan diri terhadap kejian


833.        
Si bodoh melalaikan kewajipan amal
Kelakuan tebal muka bebal


834.        
Belimu tinggi, halus peribadi
Malang mangsa kejahilan terkutuki


835.        
Si dungu mengejar neraka kelahiran
Menderita edaran titisan ragan


836.        
Rancangan si dungu menyimpan binasa
Malah membelengukan diri ketara


837.        
Harta si dungu, lain berpesta
Saudara mara kebuluran merana


838.        
Si dungu menerima benda bernilaian
Berlagak laksana gila rasaukan


839.        
Persahabatan si dungu manis lemah
Bila berpisah tidak gelisah


840.        
Si dungu hadir majlis utama
Ibarat kaki mengotori gelaca


Bab 85. Kesombongan Penjahil


841.        
Apatah teras kemiskinan semata
Tidak lain kemiskinan rasa


842.        
Si dungu menghadiahkan dengan kerelaan
Untung nasib si penerima sendirian


843.        
Si dungu membawa kecelakaan bahaya
Musuh tidak melakukan sedaya


844.        
Apatah akal dangkal semata
Pujian egiosma si bongkak semata


845.        
Berjenaka pun jangan menghina
Sopan santun musuh terpinga-pinga


846.        
Dunia beredar pahala budiman
Andai tidak dunia timbusan


847.        
Orang berotak geliga kasar
Laksana tunggul kayu maker


848.        
Kelakuan biadap tidak wajar
Walaupun kasar biarlah jajar


849.        
Enggan campur gaul bersalam
Ibarat siang serupa malam


850.        
Biadap berharta lumayan belubur
Laksana susu kendi ketur


Bab 86. Perseteruan


851.        
Semangat berseteru penyakit celaka
Kebancian bertambah pupuk marga


852.        
Walaupun dianiayal dek pendusta
Jangan menyimpan dendam berbara


853.        
Andai singkirkan pertengkaran banggi
Boleh memperolehi kebahagian abadi


854.        
Singkirkan musuh perseteruan mudharat
Kegembiraan paling tinggi bayat


855.        
Pintar menghindari perseteruan hati
Mustahil ada ingin mengalahi


856.        
Barang siapa bermusuhan meluru
Dirinya tergelincir hancur deru


857.        
Berdendam sering memburu seteru
Pedoman buta mencemar wudu


858.        
Menjauhi perseteruan bertambah mulia
Andai berdendam murka, derita


859.        
Tuah tersenyum jiran puji
Kecelakaan menimpa jiran keji


860.        
Dari perseteruan timbul kepahitan
Dari kebaikan lahir kebahagian


Bab 87. Kesifatan Musuh


861.        
Janganlah berjuang menentang gagahwan
Cuba redakan terhadap lemahwan


862.        
Pembenci, piatu, pelemah orang
Bagaimantah menentang murka penggarang


863.        
Pengecut, pembodoh, biadap, bakhil
Mudah sahaja musuh sabil


864.        
Peradang serta garang bermaharajalela
Menjadi mangsa mudah sentiasa


865.        
Barang siapa menyimpang pedoman
Nescaya menjadi mangsa lawan


866.        
Peradang lagi penafsu lusuh
Ditawan mudah dek musuh


867.        
Musuh kejam tidak berperikemanusian
Hancurilah dia walaupun berupahan


868.        
Andai tidak beradab kecacatan
Pasti seteru bersorak kegirangan


869.        
Andai dungu pengecut gayat
Musuh ria riang hujat


870.        
Jangan musuh alim pendita
Kemuliuaan terpupus hilang juita


Bab 88. Menilai Musuh


871.        
Nista peseteruan jangan kejaran
Walaupun hanya berjenaka riangan


872.        
Walaupun mencabar gagahwan berpanah
Jangan orang bersenjata lidah


873.        
Raja sunyi mementang gerila
Lebih gila orang gita


874.        
Kebijaksanaan aman damai seteru
Kuasanya berlanjutan terhingga maju


875.        
Andai menentang dua penyerang
Perolehilah sokongan salah seorang


876.        
Percayakan musuh atau tidak
Masa melesetan biarkan lisak


877.        
Jangan hebah kepincangan penderitaan
Sahabat palsu boleh meruntuhkan


878.        
Rancangan bijaksana aketenagaan benteng
Kegagahan seteru hancur lenting


879.        
Tebang pokok kecil berduri
Tegap tinggi tangan cederai


880.        
Runtuhkan segera rancangan seteru
Sebalik nyawa tercekuk jerbu


Bab 89. Musuh Dalam Selimut


881.        
Rendangan, air berjangkit bahaya
Saudara berjijikan andainya beraniayai


882.        
Tidak khuatir seteru berpedang
Saudara palsu lebih murang


883.        
Jauhilah dari musuh samara
Satajam pisau pembuat tembikar


884.        
Bersahabat seteru dusta bertopeng
Hancurlah saudara mara temberang


885.        
Keluarga menjadi pengkhianat dusta
Pelbagai durjana membahayakan nyawa


886.        
Pengkhianatan menyeludupi pengiring raja
Pasti akan ditimpa malapetaka


887.        
Pengkhianat laksana tempayan bertudung
Tanpuh sempurna hakiki bertakung


888.        
Rumah perlindungan pengkhianat hancur
Laksana besi digesel lebur


889.        
Pengkhianat terlindung, bahay siren
Walaupun retaknya sekecil wijen


890.        
Dengan anggota keluarga yang sering ingkar
Kehidupan kita macam bersama ular


Bab 90. Kesanjungan Pemerintahan


891.        
Tugas terancang pasti teliti
Wajib terpelihara bahaya diri


892.        
Melukai pembesar gagah agung
Malapetaka tidak terdaya tanggung


893.        
Mencari kemusnahan enggankan petua
Cabarrilah kuasa pembesar butala


894.        
Cuba menyakiti gagahwan perkasa
Laksana menjemput malaikat maut bahaya


895.        
Mencabar kemurkaan raja daulat
Nescaya tidak akan selamat


896.        
Terperangkap api ganas selamat
Gujirat gagahwan permai misibat


897.        
Keagungan kekayaan segala kegemilangan
Andai pendita tegur panduan


898.        
Berhasrat hancuran muliawan sejabal
Zuriat sekar umbi teraral


899.        
Muliawan suci murka bahaya
Baginda juga jatuh singgahsana


900.        
Walaupun termegah sanjung tinggi
Bahaya kemurkaan gagahwan tinggi

No comments:

Post a Comment