Tuesday 1 June 2010

bab 71-80



Tamil klasik kuno
Thirukkural dalam bahasa Melayu
Diterjemahkan oleh G. Soosai

Bab 71. Menilai Airmuka


701.        
Nan meramalkan kandungan akal,
Sebelum bersuara perhiasan kebal.


702.        
Nan mermalkan keyakinan hati,
Laksana lambing Dewata Insani.


703.        
Nan merkalkan niat airmuka
Ambulkanlah sebalgal penasihat utama


704.        
Nan memahami kemusykilan inti,
Justuru satu golongan tersendiri.


705.        
Apatah unsur pancindera mata,
Andai tidak mermalkan perasa.


706.        
Seperti balur berubah warna
Begitulah keadaan perasaan muka


707.        
Wajah menggambarkan suka duka,
Betapa bijak bistari muka


708.        
Bijak membaca isi hati,
Melihat sahaja keinginan terkabuli


709.        
Mata memahami kudrakan muliat,
Kewujudan baik buruk ghairat


710.        
Kaya pengkur kebijaksanaan mata,
Mata berdaya menyatakan segala


Bab 72.  Menilai Para Hadirin


711.        
Kebakatan pidata kepitahan berbicara
Fahamkan hadrin sesuaikan kata


712.        
Yakinkan perasaan pelbagai pendengar,
Selepas pertimbangan ucaplah sewajar


713.        
Kejahilan ucapan majlis gejala,
Seni ucapan temodai bahala


714.        
Berbincanglah dengan para cendikiawan
Elakkan rundingan dengan rendhwan


715.        
Muliawan agung segan berbicara,
Sifat kemurnian tunjang aulia


716.        
Mengkhianati diri mengeluarkan kedustaan,
Seibarat menyimpang teras kesawaban


717.        
Kearifan sarjana bersinar gemeriapan,
Dalam kumpulan cendikiawan berakalan.


718.        
Menasihati orang arif bijaksana mustahil,
Menyiram pasu semata


719.        
Menasihati orang arif bijaksana mustahil,
Menyiram pasu semata


720.        
Berpidato kepada musuh randah
Santapan dewa bertaburan tanah


Bab 73. Manjauhi Kegugupan


721.        
Kepahitan berucap citarasa tinggi
Meyusun ucapan teliti kegumi


722.        
Cendikiawan bijak menyuarakan suara
Nescaya sarjana antara sarjana


723.        
Berani menghadapi maut rana
Tidak ramai berani berbicara


724.        
Ucapkanlah segala keyakinan bernas
Pelajarilah juga ilmu cergas


725.        
Kuasailah ilmu mantic tatabahasa
Sebelum layak benar berbicara


726.        
Apatah pendang tanpa keberanian
Apatah kitab tanpa kearifan


727.        
Sida berpedang medan peperangan
Ibarat pengilmu gentar perhimpunan


728.        
Cendikiawan rimas menyampaikan hujah
Pengetahuan lumayan tidak termegah


729.        
Cendikiawan gentar berhujan ilmiah
Di anggap lebih rendah jahilah


730.        
Cendikiawan tidak terdaya berhujah
Walau bernafas benarnya jenazah.


Bab 74. Negeri


731.        
Kemewahan hasil candikiawan bistari
Kelimpahan benda negeri sanjungi


732.        
Rakyat gembira kekayaan melimpah
Tanpa penyakit negeri mewah


733.        
Walau menderita berdaulatkan negeri
Rakyat setia cukai dibayari


734.        
Negeri bebas kebuluran wabah
Selamat dari musuh mustazilah


735.        
Negeri aman damai bahagia
Tanpa pangkhianat negeri mulia


736.        
Negeri berdaulat gagah perkasa
Permata antara Negara buana


737.        
Air mangalir serata kesuburan
Perkubuan kukuh negeri kegagahan


738.        
Pancahiasan negara, kekayaan, kesuburan
Serta hasil kesihatan, perkubuhan


739.        
Tanpa kejerihan hasil lumayan
Tidak terderita negeri kebistarian


740.        
Walau dilimpahi segala berkat
Baginda honar negeri keparat


Bab 75. Kubu


741.        
Kubu berguna kerpada si lemah
Kubu berguna kerpada si gagah


742.        
Saluran, gurun, gunung, rimba
Kubu rintangan pertahanan utama


743.        
Tinggi, luas, padat, kebalan
Teras keperluan ilmu perkubuan


744.        
Kubu luas memenentang serbuan
Serta sulit kebal padatan


745.        
Kebalan, kelengkapan bekalan makanan
Keperluan utama kubu pertahanan


746.        
Kubu sejati terisi sempuna
Berkawal rapi askar perkasa


747.        
Kubu kukuh kebelan serangan
Tidak terancam dek pengkhianatan


748.        
Kubu kebal menentang serbuan
Biar betapa hebat serangan


749.        
Kubu meghalangi serangan ghalabah
Askar berjuang tanpa ghafiah


750.        
Permai kubu lambing perwira
Jasa askar semangat sura.


Bab 76. Memperolehi Kekayaan


751.        
Tiada benda setara kekayaan
Bagi mereka tidak keperluan


752.        
Nan papa dinista caci
Nan kaya dijulang tinggi


753.        
Pelita ternyala terus kekayaan
Menerangkan jelas semua kegelapan


754.        
Harta tercapai cara kesawaban
Memberi kebenaran serta kebahagian


755.        
Harta mendatang dengan maksiat
Jangan sekali-kali dijamah ghalat


756.        
Harta terlantar rampasan yuda
Semuanya milik khazanah raja


757.        
Belas kasihan anak kesayangan
Pemeliharaan jururawat penyayang kekayaan


758.        
Mengendalikan perusahaan berani istifham
Berbukti menonton pesta biram


759.        
Harta kekayaan senjata tajam
Membelah keangkuhan seteru kejam


760.        
Harta melimpah secara jujur
Dana serta pedoman surur


Bab 77. Kegagahan Bala Tentera


761.        
Bala tentera menentang bahaya
Milik utama bagi baginda


762.        
Perwira menguasai keadaan genting
Tentera termegah tidak tanding


763.        
Bala tentera tikus mangaum
Naga menghembus tikus mengancam


764.        
Bala tentera gagah berani
Bertradisi keberanian tersanjung tinggi


765.        
Murka malaikulmaut menentang hebat
Tentera teragung berjuang dahsyat


766.        
Baju besi tentera, keberanian
Maruah, pedoman serta kekesatriaan


767.        
Tentera mara menentang berani
Yakin mengalahkan tentera gagahi


768.        
Perlengkapan senjata membawa kemenangan
Walau tentera kurang kekuatan


769.        
Tentera kecil tercapi kemenangan
Dengan hubah serta kekenyangan


770.        
Walau tentera lengkap sempurna
Andai ketua lemah binasa


Bab 78. Keikhlasan Perwira


771.        
Wahai musuh jangan bercabaran
Ramai tergugur bertegak nisan


772.        
Jagan berlembing arnab lemah
Cemerlang andai berlembing gajah


773.        
Kegagahan garang teras kewiraan
Berlindungan mangsa puncak kemuliaan


774.        
Hulubalang berlembing arah biram
Lembing dada tercabut geram


775.        
Mata perwira terkejip perjuangan
Lembing terlontar tidak kesayuan


776.        
Perwira masygul, tidak cedera
Sebagai masa terbuang sahaja


777.        
Korbankan nyawa hasratkan kemasyhuran
Keindahan mata gelang kewiraan


778.        
Hulubalang kegagahan medan perang
Walau tertindas berjasa terang


779.        
Wira gagah gugur berani
Kegagahannya siapatah berhak mencaci


780.        
Hulubalang mencucurkan airmata baginda
Kematian wira wajar dibangga


Bab 79. Persahabatan


781.        
Betapa murni teras persahabatan
Betapa dahsyat kedurjanaan permusuhan


782.        
Persahabatan budiman bulan purnama
Persahabatan pendusta rendah segala


783.        
Persahabatan murni kitab indah
Persahabatan gunawan memang megah


784.        
Persahabatan bukanlah ria riang
Kesalahan sahabat harus dibangkang


785.        
Persahabatan tidak perlu pergaulan
Boleh perolehi melalui perasaan


786.        
Persahabatan bukanlah senyuman wajah
Kemurniaan dari kalbu megah


787.        
Nan elakkan segala kemusuhan
Serta perpaduan murni persahabatan


788.        
Kain tergelincir tangan bergerak
Lambang rakan setia bertindak


789.        
Persahabatan murni sering suci
Bantu membantu berakar umbi


790.        
Apakala memuji diri pecah
Persahabatan tidak akan zakiah


Bab 80. Pemilihan Sahabatan


791.        
Sekali sahabat terus sahabat
Wajarlah berfikir sebelum bersahabat


792.        
Kalau bersahabat cara terburu-buru
Sampai ajal kesialan meluru-luru


793.        
Perhatikanlah asal usul sahabat
Sebelum bergaul dengan rapat


794.        
Alu-alukanlah persahabatan orang bangsawan
Walaupun dengan baksis kenangan


795.        
Sesiapa nan menyangkal kedurjanaan
Persahabatan mereka sangatlah keuntungan


796.        
Masa kepincangan alat tertentu
Menentukan sahabat ikhlas termutu


797.        
Singkirkan diri daripada perjahil
Itulah tindakan tidak mustahil


798.        
Jangan ingatkan nan gundah
Elakkan sahabat paling tadah


799.        
Sahabat enggan tolong menolong
Setiba Malaikulmaut hati morong


800.        
Bersahabat dengan budiman gahara
Jauhi persahabatan pendusta hina

No comments:

Post a Comment